Jumaat, 31 Oktober 2014

Menjengok Sekolah Lama

As-Salam... Moga sihat-sihat belaka. Entri ni aku nak cerita pasal aku dengan kawan kelas aku (Ex students MMSK 2013) pi jengok sekolah lama aku yang banyak menabur ilmu pengetahuan yang berlimpah ruah kat aku. Dah sampai kat sana banyak la mata-mata yang memerhati pergerakan kami, terutama sekali cikgu-cikgu lah. Perkara biasa la bila bekas student datang balik sekolah lamanya. Hehehehe.... Soalan yang wajib mereka tanya ialah "la ni belajaq kat mana?", "Dok buat apa sekarang?" macam-macam lagi lah. Bukan tu saja, siap kena perli lagi kisah-kisah lama yang kami pernah buat dulu, yang kena paling padat aku la. Apa-apa pon aku taw benda tu dah lepas dah. Aku anggap benda tu kenangan yang terindah yang aku tinggalkan sebelum aku keluar dari sekolah tu. Biasa lah dulu aku agak buas sikit masa kat sekolah tu. Redhooo je lah. Sampai di sini saja entri kali ni. Bye........!!! ✌

Rabu, 29 Oktober 2014

Santai di malam hari - Hot Spring Ulu Legong

As-Salam... Buat apa? Sihat dak? Aku doakan semua sihat-sihat la semua. Nak cerita ni, semalam aku keluar dengan member sekolah lama aku (Ex students 2013 MMSK) yang agak lama aku tak keluar bersama depa. Semalam diberi kesempatan oleh ALLAH boleh kami keluar bersama. Alhamdulillah.... Semalam keluar pi mandi manda dekat kolam air panas Ulu Legong. Ada apa kat sana?? Mai nak habaq sikit kat sana ada apa. Kat sana ada kolam air panas la. Boleh mandi-mandi, lepak-lepak, riadah dengan keluarga dan banyak lagi lah aktiviti boleh buat. Tiket ada dak?? Hahaha.... Mesti la ada tapi masih agak berpatutan lah. Berapa?? RM 6.00 saja. Berpatutan la kan. Masa aku sampai kat sana hujan jadi aku dengan member aku redah masuk ja. Walaupon tak ramai yang join tapi tetap best jugak. Semalam 4 orang saja yang ikot termasuk aku. Yang lain ada kerja kot tu yang tak boleh join kami. Kami pi pon sebab dah cuti tak tau nak buat apa kat rumah, jadi apa salahnya gunakan cuti yang ada ni untuk lepak bersama member-member. Kan kan..... hehe..... Setakat tu saja coretan untuk kali ni. Bye...!

*Ada masa kita keluar lagi noh
*Kawan yang tak pi nanti kita buat rancangan lain pi tempat lain pulak

Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

As-Salam... Apa khabaq semua? Aku doakan semua sihat-sihat belaka la noh. Yang sakit tu jangan lupa makan ubat. Kita usaha makan ubat untuk mendapat kesembuhan, tetapi kena ingat ALLAH yang bagi kesembuhan kat kita. Aku sihat ka dak? Syukur kepada ALLAH kerana memberi nikmat kesihatan yang baik kat aku. Haaaaaa..... di kesempatan ni aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah kat semua. Taw dak ni yang keberapa hijrah? Mai nak gitaw, tahun ni yang ke 1436H. So yang buruk-buruk tahun lepas kita buang dan gantikan dengan yang baik-baik. Kuatkan tekat serta semangat supaya apa yang diazamkan akan tercapai. Yang azam tahun lepas tak tercapai teruskan untuk tahun ni. Biasalahkan kita ni manusia sekali-sekala memang akan tersasar juga dari jalan yang lurus yang dipandu oleh agama Islam. Iman kita sebagai manusia sering turun dan naik. Jadi yang rasa tersasar dari jalan yang benar kembalilah ke jalan yang benar. Sebab apa nak kembali ke jalan yang benar? Mai ceq nah habaq... Hari ni mungkin untuk kita, Esok pasti ada, tapi mungkin esok bukan untuk kita. Pahamkan??? Kembalilah sebelum terlambat wahai kawan-kawanku yang aku sayangi. Sekian...

*SAYA BERPESAN KHUSUS KEPADA DIRI SAYA DAN JUGA TUAN PUAN

Jumaat, 24 Oktober 2014

Blogger come back

As-Salam... Hai semua kawan-kawan blog aku..!!! I'm back in my blog. *hahahaha bajet-bajet speaking pulak. Sejak sekian lama menyepikan diri tanpa membuat satu coretan pon kat blog yang dah berhabuk, jadi hari ini 24/10/2014 (Jumaat), saya yang bernama seperti di dalam facebook, twitter, instagram dll mengumumkan akan kembali menulis kat dalam blog ni. Btw malam ni Kedah lawan Pahang dan saya hanya tengok kat tv ja... So do the best pasukan negeriku. Pulun Kedah Pulun..... okey itu saja buat masa ini.... byeeeeeeee...!!!!!! *doakan skuad Kedah layak ke final. AMIN....