Selasa, 25 November 2014

Cermin Mata Baru

Assalamualaikum... Apa khabaq?? Harap sihat-sihat belaka disamping orang yang tersayang... Baru-baru ni aku ada pi buat cermin mata yang baru sebab cermin mata yang lama dah agak uzur. Memang lah dah agak uzur, dah 2 tahun lebih juga lah aku mendapat perkhidmatan yang terbaik darinya. Terima kasih Ya ALLAH sebab bagi kesempatan lagi dekat hambamu ini yang banyak melakukan dosa melihat lagi keindahan dunia ini walaupon dengan menggunakan alat bantuan. Sekian saja... Wasalam... 😃✌

Khamis, 20 November 2014

Duduk Kolej

Assalamualaikum. Haiiiii !!! Buat apa? Semoga sihat-sihat belaka... Nak bagi taw aku ditawarkan untuk duduk kat kolej. Hehehehe.... Kalau dapat duduk kolej senang la sikit aku nak pergi ke kelas dan dapat la save sikit duit mak abah aku dari kena sewa rumah kat luar. Btw thanks to JPK. Bye...

Sabtu, 15 November 2014

Result Final Exam Dah Keluar...

Assalamualaikum. Sihat ka? Aku doakan agar sihat sejahtera disamping orang tersayang serta dicintai. HAHAHAHA... *ayat macam nak tulis surat masa SPM dulu ja. Sesaja ja nak ingatkan balik zaman sekolah dulu. Memang aku katakan zaman aku sekolah dululah yang palig best sekali, Betoi tak bohong hampa aih. Sedar tak sedar keputusan peperiksaan akhir aku untuk sem 1 dah pon selamat sampai ke kotak email aku dengan rasminya. Keputusan agak menyedihkan, :(( tetapi aku kuatkan semangat untuk teruskan sehingga aku mendapat segulung sijil di hari kemudian kelak. Insyaallah... Doakan aku taw. yang pastinya aku kena usaha lehih untuk sem depan, tak boleh banyak main-main untk sem depan. Itu saja kot. Bye,,!! Take Care... :)




Ahad, 9 November 2014

Hai November

Assalamualaikum. Hai bulan November... Harap semua sihat-sihat belaka di sisi orang tersayang. Sesaja ja gatai-gatai tangan nak menulis dalam blog. Dah tak dak nak buat apakan, jadi tulis ja lah apa yang patut. Bukan apa just nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua yang lahir pada bulan november. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki serta diberi kebahagiaan disamping orang tersayang. Ramai jugak la member-member aku yang lahir pada bulan ni. So itu saja entri kali ni. Bye......