Khamis, 26 Februari 2015

Jumaat, 30 Januari 2015

Jom Join Business

Assalamualaikum.... aku baru saja join business tune talk. Memang power... Kalau hang tak percaya hang join la sendiri, baru hang dapat taw apa yang dapat. Ada perlindungan insurans 100k dan banyak lagi. Yang paling best bila kita topup RM 30 anda akan dapat lagi RM 10 secara percuma. Maknanya baki dalam fon anda akan ada RM 40... Kalau topup RM 50 dapat RM 20... Jadi nak tunggu apa lagi mai la join. Mesti anda suka sangatt.... jom tukar......... bye

Selasa, 20 Januari 2015

Mari membaca Catatan Mat Luthfi

Assalamualaikum... Hai semua... Aku harap hampa semua sihat... Baru-baru ni aku ada beli buku catatan mat luthfi. Buku yang memang best gila baban. Buat aku gelak terbahak-bahak sampai kawan aku ingat aku ni dah gila dok gelak sorang-sorang sambil baca buku tu. Aku rasa hampa semua memang kena baca buku tu. Sapa yang dah baca dia taw la macam mana. Sapa yang tak baca lagi pi la cari kat kedai buku ka pinjam dengan kawan ka apa ka. Serius aku cakap memang best gila. Buku tu dia cerita pasal kisah hidup dia lah. Macam hampa baca diari orang. Aku pon baru nak berjinak-jinak dalam dunia membaca buku ni. Mungkin dengan start baca buku catatan mat luthfi aku boleh pupuk minat membaca aku. Aku masih rebung lagi mungkin sempat bentuk lagi sebelum jadi buluh yang keras. Okey setakat ni saja entry kali ni. Sapa yang tak baca lagi baik hampa baca. Bye semua.... jumpa lagi pada entry yang akan datang.

Isnin, 19 Januari 2015

Sambut Birthday member

Assalamualaikum dan salam sejahtera... moga sihat belaka. Minggu lepas dua orang member aku sambut hari lahir yang bestnya pulak jatuh pada hari yang sama. Sorang birthday boy dan sorang birthday girl. Aku nak ucapkan selamat hari lahir kat hampa dua orang. Keluaq lepak sengan hampa memang sempoi dan memang syok gila aku rasa. Bagi sapa-sapa yang lahir pada bulan ni pon aku ucapkan selamat hari lahir moga dilimpahkan rezki yang berpanjangan dan dipanjangkan umur. Setakat ni saja entry kali ni. Byeeee!!!

Sabtu, 3 Januari 2015

Happy New Year

Assalamualaikum... Apa khabaq??? Moga sihat-sihat belaka noh. 2014 telah meninggalkan kita beberapa hari yang lepas, apa yang berlaku tahun lepas sudah pon menjadi kenangan dalam hidup kita. So... segala azam yang lepas-lepas yang belum tertunai tu boleh la dibawa ke tahun ni iaitu tahun 2015. *sapa yang tak ganti puasa tahun lepas boleh la ganti tahun ni... hehehe... Jadi jom lah kita sama-sama tempuhi bersama hari-hari yang mendatang pada tahun ni. Rasanya masih tak terlewat lagi nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2015 kepada semua.... Sekadar ini saja. Bye!!!