Khamis, 25 Disember 2014

Doa Buat Mangsa Banjir

Assalamualaikum... Aku harap semua sihat-sihat belaka, terutamanya buat mangsa-mangsa banjir di beberapa negeri yang terlibat. Aku harap hampa semua tabah menghadapi dugaan dengan sabaq dan kerapkan dekatkan diri dengan Allah. Allah takkan uji kalau kita tak dapat menghadapinya. Bagi yang tak kena banjir ni kita sama doakan depa disamping kita keluarkan sedikit wang untuk membantu mangsa banjir. Suka aku ingatkan supaya pada musim banjir ni jagalah keselamatan diri terutamanya anak-anak kecil, wanita serta warga emas. Golongan ni mesti kita waspada dan jaga depa. Itu saja dari aku. Jaga diri anda semasa musin banjir. #PrayForPantaiTimur

Rabu, 10 Disember 2014

Aktiviti Dihujung Minggu

Assalamualaikum... Harap sihat2 semua... Saya sihat saja...!! Hehehe.... nak cerita sikit, hujung minggu lepas aku ada sertai beberapa aktiviti yang tersangat best bagi aku. Lagipon baik sertai aktiviti dari dok terperap ja dalam bilik. Kan kan kan... ada jugak faedah yang aku peroleh dan dapat pengalaman baru yang berguna untuk masa depan. Pada jumaat malam (5/12) aku sertai progran "Sporting Campus" ada la buat larian malam pusing2 satu kampus. Penat tapi best. Pagi sabtu (6/12) aku sertai program yang dianjurkan oleh im4u iaitu program "Volunteer Malaysia" memang sangat2 menarik. Banyak la aktiviti iaitu cat dinding, tanam pokok dll. Kalau diberi kesempatan lagi aku memang nak join aktiviti yang dianjurkan oleh semua pihak. Tapi aktiviti yang berfaedah bagi aku lah. Dapat jugak aku tingkatkan mutu diri serta jati diri. Saya Sayang Malaysia... Bye!!!

Rabu, 3 Disember 2014

Hai Disember

Assalamualaikum... Hai semuaaa... Sihat ka? Aku harap sihat-sihat belaka lah. Sesaja ja nak tulis blog untuk awql bulan ni dan di kesempatan ni aku nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua yang lahir pada bulan Disember. Moga panjang umur serta dimurahkan rezki. Insyaallah setiap awal bulan aku akan update blog ni khas untuk sesiapa yang lahir pada bulan tersebut. Mungkin ini sahaja dari aku. Hampa semua boleh jugak follow aku kat ig. Bye !!! Wasalam....

Selasa, 25 November 2014

Cermin Mata Baru

Assalamualaikum... Apa khabaq?? Harap sihat-sihat belaka disamping orang yang tersayang... Baru-baru ni aku ada pi buat cermin mata yang baru sebab cermin mata yang lama dah agak uzur. Memang lah dah agak uzur, dah 2 tahun lebih juga lah aku mendapat perkhidmatan yang terbaik darinya. Terima kasih Ya ALLAH sebab bagi kesempatan lagi dekat hambamu ini yang banyak melakukan dosa melihat lagi keindahan dunia ini walaupon dengan menggunakan alat bantuan. Sekian saja... Wasalam... 😃✌

Khamis, 20 November 2014

Duduk Kolej

Assalamualaikum. Haiiiii !!! Buat apa? Semoga sihat-sihat belaka... Nak bagi taw aku ditawarkan untuk duduk kat kolej. Hehehehe.... Kalau dapat duduk kolej senang la sikit aku nak pergi ke kelas dan dapat la save sikit duit mak abah aku dari kena sewa rumah kat luar. Btw thanks to JPK. Bye...

Sabtu, 15 November 2014

Result Final Exam Dah Keluar...

Assalamualaikum. Sihat ka? Aku doakan agar sihat sejahtera disamping orang tersayang serta dicintai. HAHAHAHA... *ayat macam nak tulis surat masa SPM dulu ja. Sesaja ja nak ingatkan balik zaman sekolah dulu. Memang aku katakan zaman aku sekolah dululah yang palig best sekali, Betoi tak bohong hampa aih. Sedar tak sedar keputusan peperiksaan akhir aku untuk sem 1 dah pon selamat sampai ke kotak email aku dengan rasminya. Keputusan agak menyedihkan, :(( tetapi aku kuatkan semangat untuk teruskan sehingga aku mendapat segulung sijil di hari kemudian kelak. Insyaallah... Doakan aku taw. yang pastinya aku kena usaha lehih untuk sem depan, tak boleh banyak main-main untk sem depan. Itu saja kot. Bye,,!! Take Care... :)




Ahad, 9 November 2014

Hai November

Assalamualaikum. Hai bulan November... Harap semua sihat-sihat belaka di sisi orang tersayang. Sesaja ja gatai-gatai tangan nak menulis dalam blog. Dah tak dak nak buat apakan, jadi tulis ja lah apa yang patut. Bukan apa just nak ucapkan Selamat Hari Lahir kepada semua yang lahir pada bulan november. Semoga panjang umur dan dimurahkan rezki serta diberi kebahagiaan disamping orang tersayang. Ramai jugak la member-member aku yang lahir pada bulan ni. So itu saja entri kali ni. Bye......

Jumaat, 31 Oktober 2014

Menjengok Sekolah Lama

As-Salam... Moga sihat-sihat belaka. Entri ni aku nak cerita pasal aku dengan kawan kelas aku (Ex students MMSK 2013) pi jengok sekolah lama aku yang banyak menabur ilmu pengetahuan yang berlimpah ruah kat aku. Dah sampai kat sana banyak la mata-mata yang memerhati pergerakan kami, terutama sekali cikgu-cikgu lah. Perkara biasa la bila bekas student datang balik sekolah lamanya. Hehehehe.... Soalan yang wajib mereka tanya ialah "la ni belajaq kat mana?", "Dok buat apa sekarang?" macam-macam lagi lah. Bukan tu saja, siap kena perli lagi kisah-kisah lama yang kami pernah buat dulu, yang kena paling padat aku la. Apa-apa pon aku taw benda tu dah lepas dah. Aku anggap benda tu kenangan yang terindah yang aku tinggalkan sebelum aku keluar dari sekolah tu. Biasa lah dulu aku agak buas sikit masa kat sekolah tu. Redhooo je lah. Sampai di sini saja entri kali ni. Bye........!!! ✌

Rabu, 29 Oktober 2014

Santai di malam hari - Hot Spring Ulu Legong

As-Salam... Buat apa? Sihat dak? Aku doakan semua sihat-sihat la semua. Nak cerita ni, semalam aku keluar dengan member sekolah lama aku (Ex students 2013 MMSK) yang agak lama aku tak keluar bersama depa. Semalam diberi kesempatan oleh ALLAH boleh kami keluar bersama. Alhamdulillah.... Semalam keluar pi mandi manda dekat kolam air panas Ulu Legong. Ada apa kat sana?? Mai nak habaq sikit kat sana ada apa. Kat sana ada kolam air panas la. Boleh mandi-mandi, lepak-lepak, riadah dengan keluarga dan banyak lagi lah aktiviti boleh buat. Tiket ada dak?? Hahaha.... Mesti la ada tapi masih agak berpatutan lah. Berapa?? RM 6.00 saja. Berpatutan la kan. Masa aku sampai kat sana hujan jadi aku dengan member aku redah masuk ja. Walaupon tak ramai yang join tapi tetap best jugak. Semalam 4 orang saja yang ikot termasuk aku. Yang lain ada kerja kot tu yang tak boleh join kami. Kami pi pon sebab dah cuti tak tau nak buat apa kat rumah, jadi apa salahnya gunakan cuti yang ada ni untuk lepak bersama member-member. Kan kan..... hehe..... Setakat tu saja coretan untuk kali ni. Bye...!

*Ada masa kita keluar lagi noh
*Kawan yang tak pi nanti kita buat rancangan lain pi tempat lain pulak

Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

As-Salam... Apa khabaq semua? Aku doakan semua sihat-sihat belaka la noh. Yang sakit tu jangan lupa makan ubat. Kita usaha makan ubat untuk mendapat kesembuhan, tetapi kena ingat ALLAH yang bagi kesembuhan kat kita. Aku sihat ka dak? Syukur kepada ALLAH kerana memberi nikmat kesihatan yang baik kat aku. Haaaaaa..... di kesempatan ni aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah kat semua. Taw dak ni yang keberapa hijrah? Mai nak gitaw, tahun ni yang ke 1436H. So yang buruk-buruk tahun lepas kita buang dan gantikan dengan yang baik-baik. Kuatkan tekat serta semangat supaya apa yang diazamkan akan tercapai. Yang azam tahun lepas tak tercapai teruskan untuk tahun ni. Biasalahkan kita ni manusia sekali-sekala memang akan tersasar juga dari jalan yang lurus yang dipandu oleh agama Islam. Iman kita sebagai manusia sering turun dan naik. Jadi yang rasa tersasar dari jalan yang benar kembalilah ke jalan yang benar. Sebab apa nak kembali ke jalan yang benar? Mai ceq nah habaq... Hari ni mungkin untuk kita, Esok pasti ada, tapi mungkin esok bukan untuk kita. Pahamkan??? Kembalilah sebelum terlambat wahai kawan-kawanku yang aku sayangi. Sekian...

*SAYA BERPESAN KHUSUS KEPADA DIRI SAYA DAN JUGA TUAN PUAN

Jumaat, 24 Oktober 2014

Blogger come back

As-Salam... Hai semua kawan-kawan blog aku..!!! I'm back in my blog. *hahahaha bajet-bajet speaking pulak. Sejak sekian lama menyepikan diri tanpa membuat satu coretan pon kat blog yang dah berhabuk, jadi hari ini 24/10/2014 (Jumaat), saya yang bernama seperti di dalam facebook, twitter, instagram dll mengumumkan akan kembali menulis kat dalam blog ni. Btw malam ni Kedah lawan Pahang dan saya hanya tengok kat tv ja... So do the best pasukan negeriku. Pulun Kedah Pulun..... okey itu saja buat masa ini.... byeeeeeeee...!!!!!! *doakan skuad Kedah layak ke final. AMIN....