Jumaat, 31 Oktober 2014

Menjengok Sekolah Lama

As-Salam... Moga sihat-sihat belaka. Entri ni aku nak cerita pasal aku dengan kawan kelas aku (Ex students MMSK 2013) pi jengok sekolah lama aku yang banyak menabur ilmu pengetahuan yang berlimpah ruah kat aku. Dah sampai kat sana banyak la mata-mata yang memerhati pergerakan kami, terutama sekali cikgu-cikgu lah. Perkara biasa la bila bekas student datang balik sekolah lamanya. Hehehehe.... Soalan yang wajib mereka tanya ialah "la ni belajaq kat mana?", "Dok buat apa sekarang?" macam-macam lagi lah. Bukan tu saja, siap kena perli lagi kisah-kisah lama yang kami pernah buat dulu, yang kena paling padat aku la. Apa-apa pon aku taw benda tu dah lepas dah. Aku anggap benda tu kenangan yang terindah yang aku tinggalkan sebelum aku keluar dari sekolah tu. Biasa lah dulu aku agak buas sikit masa kat sekolah tu. Redhooo je lah. Sampai di sini saja entri kali ni. Bye........!!! ✌

Tiada ulasan:

Catat Ulasan