Sabtu, 25 Oktober 2014

Salam Maal Hijrah 1436H

As-Salam... Apa khabaq semua? Aku doakan semua sihat-sihat belaka la noh. Yang sakit tu jangan lupa makan ubat. Kita usaha makan ubat untuk mendapat kesembuhan, tetapi kena ingat ALLAH yang bagi kesembuhan kat kita. Aku sihat ka dak? Syukur kepada ALLAH kerana memberi nikmat kesihatan yang baik kat aku. Haaaaaa..... di kesempatan ni aku nak ucapkan Salam Maal Hijrah kat semua. Taw dak ni yang keberapa hijrah? Mai nak gitaw, tahun ni yang ke 1436H. So yang buruk-buruk tahun lepas kita buang dan gantikan dengan yang baik-baik. Kuatkan tekat serta semangat supaya apa yang diazamkan akan tercapai. Yang azam tahun lepas tak tercapai teruskan untuk tahun ni. Biasalahkan kita ni manusia sekali-sekala memang akan tersasar juga dari jalan yang lurus yang dipandu oleh agama Islam. Iman kita sebagai manusia sering turun dan naik. Jadi yang rasa tersasar dari jalan yang benar kembalilah ke jalan yang benar. Sebab apa nak kembali ke jalan yang benar? Mai ceq nah habaq... Hari ni mungkin untuk kita, Esok pasti ada, tapi mungkin esok bukan untuk kita. Pahamkan??? Kembalilah sebelum terlambat wahai kawan-kawanku yang aku sayangi. Sekian...

*SAYA BERPESAN KHUSUS KEPADA DIRI SAYA DAN JUGA TUAN PUAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan